Perkataan “emas”, diulang sebanyak 8 kali di dalam Quran (setakat yang saya temui).
Pertama, adalah tentang apa yang lebih utama. Emas adalah diantara sesuatu yang menjadi kehendak atau fitrah manusia, meaning ia tidak salah, namun ia adalah sekadar keperluan duniawi yang sementara, kerana endgame adalah tetap Allah yang Satu.
Mempunyai (ownership) emas tidak salah. Bahayanya adalah attachment. Gold is desire, not evil.
3:14
Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia: kesukaan kepada benda-benda yang diingini nafsu, iaitu perempuan-perempuan dan anak-pinak; harta benda yang banyak bertimbun-timbun, dari emas dan perak; kuda peliharaan yang bertanda lagi terlatih; dan binatang-binatang ternak serta kebun-kebun tanaman. Semuanya itu ialah kesenangan hidup di dunia. Dan (ingatlah), pada sisi Allah ada tempat kembali yang sebaik-baiknya (iaitu Syurga).
43:35
Serta berbagai barang perhiasan (keemasan). Dan (ingatlah), segala yang tersebut itu tidak lain hanyalah merupakan kesenangan hidup di dunia; dan (sebaliknya) kesenangan hari akhirat di sisi hukum Tuhanmu adalah khas bagi orang-orang yang bertaqwa.
Emas bukan fulfillment, ia sekadar sementara.
Kedua, adalah tentang perbandingan. Kita tahu yang emas sangat berharga, apa lagi kalau emas sepenuh bumi. Sebanyak mana pun emas yang ada, tetap tidak berguna jika ingkar kepada Allah. Meaning, hakikatnya yang paling berharga adalah keimanan. The believers.
3:91
Sesungguhnya orang-orang yang kafir, lalu mati sedang mereka tetap kafir, maka tidak sekali-kali akan diterima dari seseorang di antara mereka: emas sepenuh bumi, walaupun ia menebus dirinya dengan (emas yang sebanyak) itu. Mereka itu akan mendapat azab seksa yang tidak terperi sakitnya, dan mereka pula tidak akan beroleh seorang penolong pun.
Ketiga, adalah tentang mempunyai dan menyimpan emas. Apapun tujuan mestilah endgame Allah taala. Emas menjadi beban apabila hoarders, kerana, kekayaan mesti ada circulation dan jalannya (the path) adalah Allah semata.
9:34
Wahai orang-orang yang beriman! Sesungguhnya banyak di antara pendita-pendita dan ahli-ahli agama (Yahudi dan Nasrani) memakan harta orang ramai dengan cara yang salah, dan mereka menghalangi (manusia) dari jalan Allah (agama Islam). Dan (ingatlah) orang-orang yang menyimpan emas dan perak serta tidak membelanjakannya pada jalan Allah, maka khabarkanlah kepada mereka dengan (balasan) azab seksa yang tidak terperi sakitnya.
Keempat, adalah tentang kesangsian dan status. Pemimpin tidak semestinya kaya. Ayat ini merujuk kepada Prophet Musa dan followers Firaun.
43:53
“(Kalau betul ia seorang Rasul) maka sepatutnya ia dipakaikan (oleh Tuhannya) gelang-gelang emas (yang menandakan ia seorang pemimpin), atau datang malaikat bersama-sama dengannya (sebagai saksi tentang kebenarannya)?”
Kelima adalah tentang balasan atas keimanan. Mempunyai sesuatu yang tidak habis, mempunyai keupayaan yang luar biasa, dihormati kerana kebijaksanaan (sutera nipis menyentuh kulit adalah metaphor innerstate / dalaman yang telah mencapai ketenangan atau refined consciousness manakala sutera tebal, sifatnya adalah kelihatan dan mempunyai form. Ini adalah kekuatan yang tidak lagi perlu pembuktian atau mencapai outer mastery, bermaksud seseorang yang telah well known, bersulam meaning mempunyai pengalaman, turning scar into beauty, eg. telah mengatasi kesulitan hidup dengan hikmah / trials fulfilled), atau status menjadi tinggi ( Knowledge no longer argues, power no longer dominates, wealth no longer distracts, identity no longer leaks) – sentiasa tenang dan diberikan kemudahan.
18:31
Mereka itu, disediakan baginya syurga yang kekal, yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; mereka dihiaskan di dalamnya dengan gelang-gelang tangan emas, dan memakai pakaian hijau dari sutera yang nipis dan sutera tebal yang bersulam; mereka berehat di dalamnya dengan berbaring di atas pelamin-pelamin (yang berhias). Demikian itulah balasan yang sebaik-baiknya dan demikian itulah Syurga tempat berehat yang semolek-moleknya.
22:23
Sesungguhnya Allah akan memasukkan orang-orang yang beriman dan beramal soleh ke dalam Syurga yang mengalir padanya beberapa sungai; mereka dihiaskan di situ dengan gelang-gelang emas dan mutiara, dan pakaian mereka di situ dari sutera.
35:33
(Balasan mereka ialah) Syurga – syurga ” Adn “, yang mereka akan masukinya; mereka dihiaskan di dalamnya dengan gelang-gelang tangan dari emas dan mutiara; dan pakaian mereka di situ adalah dari sutera.
43:71
Diedarkan kepada mereka pinggan-pinggan besar dan piala-piala dari emas; dan di dalam Syurga itu pula disediakan segala yang diingini oleh nafsu serta di pandang indah oleh mata; dan (dikatakan kepada mereka): “Kamu adalah tetap kekal di dalamnya”.
Kesimpulan
Emas di dalam quran adalah bersifat neutral. Hati yang memberikan ia “weight”.
Emas di dunia, ujian
Emas yang disimpan tanpa tujuan kebenaran, punishment
Detach dari Emas (emas bukan tujuan hidup), reward
Mempunyai Emas is OK, obsess kepada Emas yang salah. Kerana dikhuatiri attached pada benda yang dicipta.
Hence, Emas adalah sekadar method, atau asset untuk menuju ke jalan Allah.
Gold does not corrupt man.
Man reveals himself through gold.
Gold attracts the ego before it tests the soul.

Lain-lain tentang Emas, kajian mukjizat bilangan Al-Quran oleh Dr. Tariq Al-Suwaidan, beliau mendapati perkataan “Emas” disebut 8 kali, dan perkataan “Kemurahan Hidup” atau “Kesenangan” juga disebut sebanyak 8 kali, menunjukkan keseimbangan antara benda dan nilainya.
Kepada Allah kita berserah