Tadi saya lunch dengan kawan saya, seorang entreprenuer. Beliau menceritakan pada saya yang beliau baru settle sign up bank facilities yang bernilai hampir RM1 M.
Facilities ini bank beri dalam bentuk OD, loan kereta dan kad kredit.
Tapi kawan saya genius. Dia nampak permainan bank untuk jerat kita agar menjadi hamba berhutang. Saya rasa beliau akan peram facilities ini dan guna untuk beli Bitcoin bila price jatuh area $60K – $70K nanti.
Now, apa yang saya nak share disini adalah, untuk mendapatkan facilities bank sebanyak RM1 M bukanlah satu oportunity yang semua orang boleh dapat. Sebagai businessman, kita tahu untuk sampai ke level ini, bukan mudah dan banyak pancarobanya.
Apabila berniaga, ada bermacam ujian yang akan datang apabila semakin perniagaan kita berkembang. Saya bukan sembang kosong, tetapi saya telah melaluinya dahulu.
Dulu, saya bermula dengan seorang staff. Hingga kemuncak mempunyai 30 orang staff. Dan kemudian melingkup hingga tiada seorang pun staff.
Saya bangkit semula, mula dengan kurang dari 10 orang staff, dan hingga satu masa, saya mempunyai hampir 70 ke 80 orang staff sampai saya tak ingat semua nama.
Mempunyai 80 orang staff, hanya Allah yang tahu pelbagai ragam dan perangai, aneka cara. Dan dengan kekuatan 80 orang staff, berapa pula size market share kita dalam industri yang kita fokus? Dan lantaran itu, beraneka ragam pula customer kita siang malam pagi petang. Itu satu zaman dahulu.
Fasa pertama perniagaan saya, kami hanya mendapat RM100K facilities dari bank dan digunakan sebaik mungkin. Fasa kedua, lebih dari RM1 M namun kami tidak menggunakannya sebaik mungkin kerana lebih kepada membeli kereta.
Berbalik kepada facilities RM1 M.
Dengan adanya internet, dunia telah berubah cepat. Hari ini, untuk mendapatkan facilities RM1 M, kita tidak perlu menjalankan perniagaan dan mempunyai ramai staff.
Cukup dengan skillset trade, bermodalkan less than RM10K, kita boleh mendapat facilities sebegitu daripada prop firm. Sebagai contoh, satu account prop $100K bernilai RM2K. Dengan RM6K, nilai facilities kita telah menghampiri RM1.2M.
Saya berpendapat, jika bank tidak evolve, bank pada satu ketika esok akan tidak relevan. Ia hanya relevan kepada golongan yang tidak mengetahui financial sahaja.
Kedatangan dunia crypto yang decentralised, akan menyebabkan transition ini berlaku dengan lebih cepat lagi.
Apa pun sudah tentu facilities prop ini tak sama sangat dan tak boleh compare dengan facilities bank. Tapi ideanya adalah, untuk dapat modal RM1.2 M bagi menjalankan sesuatu untuk mendapatkan income, hari ini lebih mudah dan cepat.
Prop firm tak tengok bank statement kita atau CTOS CCRIS bagai. Yang dia tengok adalah boleh tak kita trade mengikut rules yang mereka beri.
Dan yang paling penting, adakah kita mempunyai skillset yang consistent untuk stay in the game, long enough to withdraw profit, to the fullest.
Kepada Allah kita berserah
![]()