First Class

The Cave 47:13

SATU pertemuan telah tertulis pada sebelas sepuluh dua lima, bertempat di sebuah resort di Subang Jaya. Lalu telah terzahir kelas pertama MANIFEST30.

30 individu terpilih menjadi kumpulan pertama, hadir dengan hadrat, penuh fokus mata merenung tajam, meletakkan tempoh 5 tahun sebagai satu titik tamat : mengubah masa depan bersama.

  • Sebahagian, adalah kerana pertalian darah.
  • Sebahagian, adalah kerana pernah seperguruan.
  • Sebahagian, adalah kerana persahabatan.
  • Sebahagian adalah kerana pekerjaan.

Hakikatnya, ia adalah satu keluarga besar, kerana kita adalah sebahagian dari SATU yang terpisah lalu bertemu semula.

Sejak dari hari itu, telah menjadi satu amalan pertemuan mingguan, secara atas talian, bagi membincangkan perjalanan pengembaraan sekian yang hadir, dan kadang-kadang, pertemuan zahir berselang, wajah melihat wajah.

Semoga perjalanan ini diberkati, dipermudahkan dan dirahmati yang SATU.