Di dalam alam trade, dapat atau tidak, kita bukan setiap hari melangkah tanpa tergelincir. Saya ubah sikit. Di dalam alam ini, dapat atau tidak, kita bukan setiap hari melangkah tanpa tergelincir.
Kenapa kita terjatuh? Adalah kerana untuk kita bangkit semula. Dan bangkit selepas terjatuh, kita bangkit dengan kuat lagi.
Steve Job, Mat Apple, kena fired dari company yang dia buat sendiri, tapi comeback stronger. Apple yang dah nak bungkus, market share komputer dari 3-4%, naik seganda 7-8%. Smartphone, dari 0% ke 19%. Value? Total market cap Apple dari $3-$5B , naik $350B menjelang 2011. Hari ini? $3.98 B.
Ini bukan sekadar recovery. Ini adalah structural dominance. Bagaimana Mat Steve mulakan semua ini?

Seorang lagi dalam arena yang lebih fizikal dan endurance energy : Michael Jordan.
Retired in 1993. Came back in 1995. 3 lagi championships. 72-10 record season. Dan mencapai status GOAT – Greates of All Time. MJ comeback bukan sekadar average tetapi legendary kerana biasanya performance atlit, sukar untuk decline post-retirement.
Kalau kita kaji fasa MJ, dia bermula dengan kehilangan momentum dan rhythm. Lost peak explosiveness. Tapi kembali lebih tua dengan lebih wise, matang dan yang mahal, lebih energetic.
Kejayaan MJ kali pertama adalah kerana bakat. Kejayaan kali kedua adalah kerana psychology + system mastery.

Itu satu contoh yang jauh. Kita ambil contoh depan mata di Malaysia. Take note saya sudah menjauhkan diri dari politik dan tidak mengambil serius sangat tentangnya lagi. Tetapi ini contoh yang kalau kita tengok, ia memang marvelous.
Pertama adalah Tun Mahathir. Dua kali jadi Perdana Menteri. Tak ramai pemimpin dalam dunia seperti ini kecuali Winston Churchill dan Shinzo Abe dari Jepun. Manakala seterunya pula, adalah Anwar Ibrahim. Dari penjara Sungai Buloh hingga ke Putrajaya. Sekarang kita menunggu KJ dan seorang lagi, Rafizi Ramli.
So, bagaimana untuk bangkit selepas terjatuh? Melihat dan terinspirasi dengan kisah orang adalah cuma sebahagian daripada proses.
Apa yang saya belajar dalam jatuh bangun semula, hakikatnya adalah simple.
Back to basic.
Meaning, kita kembali pada fasa bagaimana mula-mula dulu, kita mula mendapat rentak. Tanya diri kita, apa yang aku buat dulu, tiba-tiba aku dapat?
Comeback stronger sebenarnya begini. A real comeback is not emotional. It is architectural. To be architectural is to back to basic. Kita mesti berupaya menyusun semula, partial by partial, step by step, apa titik-titik awal dulu yang membawa kita kepada satu aras kejayaan.
Ia seperti mengutip semula kaca yang telah pecah akibat jatuh, lalu mencantum semula piece by piece.
Apa yang sebenarnya berlaku? Kita ingat kita mencantum kaca sambil menangis. Sebaliknya sambil berfikir. Di mana salah aku hingga terlepas pinggan ini?
Kita ingat, kita bangun dengan memulihkan emosi. Itu tidak tepat. We don’t fix losses with motivation.We fix them with audit.
Di dalam alam trade, tanya,
Apakah ia satu strategy flaw? Terlalu mengambil risiko / Risk misalignment? Ego decision? Timing issue? Tamak? Nak cepat? Gopoh? Tak ikut SOP? Penyakit lama datang kembali?
First phase comback sebenarnya adalah awareness. Second phase pula adalah deployment. Di dalam phase ini, matlamat adalah :
Narrow focus → increase precision → scale later. Ini adalah back to basic.
Meaning menjadi lebih jitu agar consistent semula, setelah mengetahui apa yang tidak betul.
Comeback stronger bukanlah kembali dengan cepat, tetapi kembali dengan lebih organised. Is not about returning fast. It’s about returning optimized.
“Why do we fall? So we can learn to pick ourselves up”
Bila jatuh, bukan lagi barangkali Allah menegur kita tetapi sudah pasti, Allah sayang kepada kita. Allah tidak mahu kita kembali pada zaman gelap kita, kerana segalanya adalah, cahaya atas cahaya.
Okla MC account $10. Supaya tak kena MC account $100K.
Kepada Allah kita berserah