Membeli kereta dengan duit trade Pt 2

Di akhirat esok, kita akan ditimbang amal kita. Kalau banyak pahala, ada peluang masuk syurga. Kalau banyak dosa, ada peluang masuk neraka. Ini ayat dari quran, tentang pahala,

101:6
Setelah berlaku demikian, maka (manusia akan diberikan tempatnya menurut amal masing-masing); adapun orang yang berat timbangan amal baiknya, –

101:7
Maka ia berada dalam kehidupan yang senang lenang.

Dan ini ayat quran tentang dosa.

101:8
Sebaliknya orang yang ringan timbangan amal baiknya, –

101:9
Maka tempat kembalinya ialah “Haawiyah”

Ini pula screenshot dalam bahasa inggeris.

Now, di dunia, kita juga ada semakan scoring seakan pahala dosa, cuma ia lebih kepada financial kita. Scoring ini dinamakan CCRIS, CTOS.

Secara ringkas, CCRIS adalah rekod bayaran kita kepada semua loan yang kita ambil. Paling cantik kalau semua 0, awas kalau score 1, dan kalau 2, memang bank tak layan kita.

Manakala CTOS pula adalah informasi yang memberi idea hubungan kita dengan duit. Adakah kita seorang yang bankrupt? Atau kita dalam kes mahkamah?

Now, CCRIS CTOS kita boleh tahu sendiri dengan dua cara. Pertama, beli rekod itu dari 3rd party, atau pergi BNM dan download sendiri (percuma). Of course, kena sign up dulu dan bla bla bla.

Disebabkan posting ini berkaitan dengan membeli kereta, maka adalah penting untuk saya memberi tahu tentang CCRIS dan CTOS ini.

Selain daripada bank statement dan harta ismet ulam raja, bank juga melihat CCRIS dan CTOS kita kerana dia mahu tahu, adakah kita seorang good paymaster atau kita “culas” membayar loan.

Hence, sebagai seorang trader, kita kena ingat yang kerjaya kita ini belum dipandang mulia di Malaysia, malah, ia dilihat, bukan kerjaya pun.

Tidak pernah di sekolah dulu ketika ada pameran kerjaya, “trader” datang memberi ceramah. Sama ada kita kurang awareness, atau hal ini sengaja disembunyikan agar kita tak kaya. Atau kalau semua orang nak jadi trader, sapa nak jadi polis atau tentera?

Maka kita sampai pada kesimpulan utama. Sebelum nak beli kereta (atau buat loan), make sure CCRIS, CTOS cantik belaka. Ini antara benda penting yang kita jangan lupa.

Sebelum bank check rekod kita, ada baiknya kita check sendiri supaya kita tidak hampa.

Kita sambung lagi nanti.

Kepada Allah kita berserah