Deposit ke broker

Berbeza dengan exchange crypto yang pernah saya guna, deposit masuk ke dalam broker cfd agak mendebarkan.

Especially bila berkaitan dengan online banking, saya rasa saya kena kongsikan disini.

Now, jika anda membuat deposit, pastikan anda login dalam interface bank. Sebagai contoh, kalau guna cimb, make sure login dalam interface cimb.

Ini adalah kerana, jika anda login dalam interface bank, ini bermaksud yang broker menggunakan payment gateway dan payment gateway ini mempunyai connection dan  dibawah seliaan bank misalnya bank islam (walaupun payment gateway ini tidak semestinya berdaftar dengan bank negara).

Jika anda login bank anda di interface yang lain, yang bukan interface bank, (melalui perbualan saya dengan seorang wakil broker di sini tahun lepas) biasanya broker menggunakan robot untuk login atas login.

Anda login ke interface tersebut, dan interface tersebut login ke bank (copy). Dia macam anda suruh kawan anda login masuk bank melalui perbualan telefon. Anda bagi semua username dan password, so dia proceed di belakang.

Apa yang perlu buat kalau tak pernah buat lagi macam ni? Jangan buat. Meaning make sure bila nak depo, login dari interface bank.

Apa nak buat kalau pernah buat? Tukar password internet bank anda.

Apakah perspektif broker dalam hal ini? Saya tidak tahu kerana saya bukan broker. Saya beranggapan, broker melantik wakil di Malaysia on behalf mereka untuk terima deposit. 3rd party ini kemudian akan hantar duit ke broker.

Kenapa broker tak accept sendiri? Kerana broker tidak mendaftarkan perniagaannya di Malaysia. Tapi kalau tak daftar, kenapa boleh ada payment gateway? Ada payment gateway yang sanggup buat kerja sedemikian dimana 3rd party menerima duit on behalf broker. Adakah ini salah? 3rd party mempunyai perjanjian dengan broker, lalu 3rd party yang register payment gateway. Adakah payment gateway salah? Setiap payment gateway mempunyai risk appetite yang berbeza.

Now, berbalik semula pada kes login atas login. Apapun secara dasarnya ini sepatutnya tidak berlaku, dan kemungkinan ia salah, adalah lebih baik kita menjauhkan daripadanya. Adakah ia selamat? Hati-hati.

Kepada Allah kita berserah