Apabila kita sedang dalam trade, ada value yang bergerak di dalam panel, sebegini :

Now, hari ini kita akan cuba faham dengan jelas, agar, kita tak terciduk semasa sedang trade.
Daripada gambarajah diatas, ekstrak data adalah seperti berikut,
-
Balance: $4,045.18
-
Equity: $2,028.72
-
Margin: $252.92
-
Free Margin: $1,775.80
-
Margin Level: 802.12%
Mari fahami dengan lanjut.

BALANCE
Balance = Closed money in the account.
Ini bermaksud, ia adalah baki terakhir, setelah semua trade tutup. Juga bermaksud, kalau sedang trade, balance ini bukan rujukan kita kerana ketika trade, balance tidak menggambarkan keadaan account sebenar. Ini adalah kerana Balance tidak mengambil kira floating.
Balance hanya berubah apabila,
- kita tutup trade kita
- kita deposit duit
- kita withdraw duit
Contoh :
Start trade dengan Balance $4000. Masuk trade, ada biru, then closed trade dengan profit misal $45. So disebabkan telah close trade, dan tiada trade aktif, maka balance terkini adalah $4045.
So tambah beribu layer pun Balance tetap sama dan tidak akan berubah, kecuali kita tutup layer ini.

EQUITY
Equity = Real-time account value including open trades.
Ini bermaksud, ketika kita sedang trade, atau floating, ini adalah value sebenar account kita.
Equity = Balance + Floating P/L
Dalam contoh gambarajah diatas, walaupun Balance account adalah $4045.18, nilai sebenar account adalah $2028.72. Ini bermaksud, account tengah floating kerugian sebanyak negatif $2016.46. Ada trade yang rugi, tengah floating, belum closed.
Equity adalah indikator paling penting untuk survive. Equity seboleh-boleh, jangan semakin kurang, tapi biar semakin bertambah.
Now, equity berubah dengan bertambah/berkurang layer kita. Sebab, floating P/L, bertambah/ berkurang. Equity changes with every layer, because floating P/L increases.

MARGIN
Margin = Capital locked to hold your positions.
Bila kita open trade, broker lock atau reserve duit kita sebagai cagaran.
Kalau ikut gambarajah, margin adalah $252.92. Ini bermaksud, semua trade yang tengah open, memerlukan cagaran bernilai $252.92.
Margin tidak berubah walaupun harga / price level berubah.

Dengan tambahan layer, margin naik secara linear.
More layers → margin increases linearly
FREE MARGIN
Free Margin = Money available to open new trades.
Free Margin adalah berapa duit kita yang available untuk kita buka trade baru.
Free Margin = Equity − Margin
Kalau ikut gambarajah, Free Margin adalah $1775.80. Ini bermaksud, mengikut kiraan formula,
Free Margin = $2028.72-$252.92 =$1,775.80
Ini juga bermaksud, kita cuma tinggal $1775.80 saja lagi untuk boleh buka trade baru.
Semakin banyak layer, semakin berkurang Free Margin. Free margin shrinks as layers increase. Atau, Margin increases → Free margin decreases.

MARGIN LEVEL
Margin Level = Risk safety indicator.
Margin level adalah indikator nilai risiko account kita. Biasanya broker punya benchmark adalah seperti berikut,

So kalau ikut gambarajah diatas, Margin Level adalah 802.12%, so account dalam keadaan sihat, sejahtera, tenang dan damai.
Kaitan dengan layer, lagi banyak layer, lagi cepat margin berubah. Layering lowers margin level quickly.

***
Sebagai analogi untuk lebih faham, jika kita nak samakan dengan account bank kita,

Kita ambil analogi lain. Katakanlah trade adalah sebuah marathon (trade memang marathon pun, bukan sprint 100M)
Balance = Fitness level sebelum start race. Kekuatan base yang kita dah training berbulan bulan. Badan sedap, rasa steady. Stamina rasa memang padu.
Equity = Stamina masa tengah lari. Atau real condition masa tengah lari. Dia boleh jadi stamina tinggi atau boleh jadi stamina sayur. Rasa kuat, atau rasa letih.
Margin = Tenaga yang digunakan untuk maintain pace. Atau usaha yang kena ada untuk maintain kelajuan larian. Lagi laju lari lagi banyak tenaga nak kena ada.
Free Margin = Simpanan tenaga yang ada dalam badan. Stamina yang masih tinggal.
Margin Level = Berapa dekat kita nak pengsan sebab lari marathon.
800% kuat gila
500% masih steady
200% dah letih
100% dah cramp
50% pengsan
Ini kesimpulan

Akhir kata, golden rules sebagai ingatan. Kata chat gpt:

Kepada Allah kita berserah