Tadi adalah tentang Paypal, dan ini adalah tentang WISE.
Seperti yang kita sedia maklum, WISE adalah ewallet dan ia berdaftar dengan BNM.

Meaning to say, any income yang masuk through WISE adalah dibawah “mata” BNM, dan juga income ini sepatutnya “valid” sebagai resume untuk membuat loan bagai.
Satu feature WISE yang saya kira paling gempak dan ohsem adalah dimana, feature yang membolehkan kita download statement secara selective, atau dengan filter.
Sebagai contoh, saya nak cuma income dari sekian sekian sahaja list dalam statement.

Now, seterusnya, adakah valid transaction atau income dari WISE untuk digunakan sebagai loan submission kepada bank?
Secara dasarnya patut boleh, tapi demi kebenaran, saya akan cuba hantar dan tengok keputusannya.
Saya akan update kelak sama ada ok atau tidak.
Kepada Allah kita berserah
