Group Manifest sekarang menggunakan Whatsapp untuk komunikasi lancar. Saya rasa dah tiba masa untuk migrate ahlil kutub sekalian ke Telegram.

Kenapa?
Pertama, sebab Telegram ada BOT. Dengan BOT, kita boleh buat macam-macam.
Sebagai contoh yang pertama, apabila ahli manifest ada buat trading insight baru dan submit dalam web, mereka terpaksa pulak send message dalam whatsapp untuk announce update.
Masa yang digunakan untuk taip dalam whatsapp adalah lebih baik taip something dalam chatgpt belajar sesuatu.
Hence, dengan BOT Telegram, saya boleh attach command “sendMessage” pada button submit trade insight dalam web / (atau signal la korang cakap) dan BOT buat kerja announce terus dalam telegram.
Kedua, ketiga dan seterusnya, nanti kita explore.
Now, ironinya, hari ini juga saya EXIT group whatsapp company saya sendiri, yang telah diambil alih oleh kuasa luar dari saya.
Peralihan kuasa secara beransur-ansur selama 3 tahun, akhirnya selesai.
Tidak saya menjangkakan bahawa, malam ini saya telah membuat group baru di Telegram untuk next phase dalam kehidupan saya.

Kepada Allah kita berserah