Apabila kita trade di platform yang bukan di Malaysia, satu isu yang perlu kita ketahui dan kena selesaikan segera, adalah bagaimana untuk withdraw profit masuk ke dalam akaun bank kita.
Kebiasaannya semasa saya trade Crypto, saya guna WISE.
Kali ini saya ingin melihat bagaimana untuk withdraw melalui Paypal.
Pertama, adalah tentang KYC.
Oleh kerana saya telah mempunyai akaun paypal sejak zaman bila pun saya dah lupa, maka saya baru perasan yang saya tidak pernah buat KYC.
Untuk itu saya pada hari ini telah melakukannya, dengan mengupload ic saya (bersama watermark “paypal”), depan dan belakang.
Proses review memakan masa 2-3 hari, maka untuk itu saya menunggu.

Kedua, adalah tentang nama.
Paypal mempunyai 3 input field nama. Given name, middle name dan surname.
So ini kena tulis betul-betul.

Ketiga, adalah tentang bank account Malaysia.
Ini adalah agar duit dari Paypal boleh masuk ke akaun bank kita di Malaysia.
Keempat, withdraw duit dari broker ke Paypal, dan terus ke Malaysia
Ini saya telah buat dari broker ke Paypal dan OK. Sekarang menunggu masuk ke Malaysia.

Status :
Saya sedang menunggu KYC selesai sebelum mula add bank saya.
Saya akan update lagi bila perlu.
Kepada Allah kita berserah