Timer Pt 1

Apabila kita masuk alam trade, seboleh-boleh kita ingin berada di dalam zon efektif. se-maksimum yang boleh. Ini adalah kerana, kita bukan sahaja mahu trade kita efektif., tetapi apa jua yang berkaitan dengan trade, mestilah efektif.

Pertama, biar saya terangkan dulu apa maksud trade yang efektif. Saya beri dua contoh.

Pertama, dalam hal entry.

Kita tidak masuk trade di luar zon entry. Jika kita langgar, kita terbuka kepada risk floating yang besar. So trade kita jadi tidak efektif. Contoh di bawah,

Ini adalah setup SELL. Entry zon kita adalah kotak yang berwarna ungu. Selagi price tak naik ke zon entry, kita tak masuk. So kita tunggu.

Kalau kita instant execution masuk sekarang, kita terdedah kepada risiko price naik atas dulu sebelum buat penurunan yang kaw-kaw sebab signal kita SELL.

Trade menjadi tidak efektif bila kita entry di luar zon adalah kerana kita sepatutnya boleh profit lebih, tetapi kerana gopoh, kita profit kurang.

Now contoh kedua pula adalah tentang reset capital.

Setiap bulan kita akan reset capital kita kembali kepada asal. Sebagai contoh, jika capital kita $10K, so apabila bertukar bulan baru, kita reset balik kepada $10K.

Untuk reset, kita transfer / withdraw semua profit dari account ini. Jika account rugi, kita malah top-up pula agar ia tetap menjadi $10K.

Kenapa kita buat begini? Kerana kita mahukan long run trade performance kita tepat dan betul dari segi kiraan percentage.

Jika tiap-tiap bulan capital start $10K, kita tahu bahawa setiap percentage yang kita buat pada bulan itu (sama ada positif . negatif), adalah nilai yang sama kerana capital yang sama.

Jika kita tidak reset, capital bertambah atau berkurang, dan kita sambung terus menerus trade, di akhir tahun kita tidak dapat menilai performance bulanan kita secara tepat, dah hanya tahu nilai perfomance kita secara tahunan semata-mata.

Yang mana lebih efektif? Tahu peformance bulanan atau hanya tahu performance tahunan?

Now, adalah sangat penting untuk sentiasa “efektif” tidak kira bila, di mana, apabila menjadi seorang trader. Effectiveness bermula dari sekecil-kecil hingga ke paling besar yang boleh.

Membina attitude sebegini pasti akan menjadikan kita seorang trader yang berjaya. Trader yang berjaya adalah trader yang efektif. Setiap saat dan detik sangat penting untuk kita membuat keputusan.

Now, tulisan ini telah menjadi panjang dan belum sampai lagi kepada pengisian utama. Untuk itu, kita sambung esok.

Kepada Allah kita berserah