Apabila kita trade, kita tidak dapat lari dari terpengaruh dengan timeframe trade yang kita pilih.
Contohnya bagi yang trade H1, dia akan peka setiap satu jam. Bagi yang trade M15, dia akan peka setiap 15 minit.
Kenapa dia kena peka pada sela masa timeframe ini? Sebab dia nak tengok chart pada waktu itu. Ini bermaksud juga, pro trader tidak melihat chart 24 jam setiap saat.
Pro trader hanya melihat chart pada waktu perubahan closed candle. Kecuali, kalau dalam keadaan floating itu lain cerita.
Now, untuk peka pada perubahan timeframe, jika mengharap kepada diri untuk secara auto tengok jam memang sayur. So cara senang adalah dengan menggunakan apps timer yang ada di dalam phone.
Tapi ini hanya kepada permulaan sahaja. Buat yang telah meninggal phone untuk trade (kerana screen size kecil, atau rasa lebih bertanggungjawab terhadap trade apabila membuka laptop), tiba masa untuk mempunyai timer di dalam laptop pula.
Kerana bagi saya, set timer di phone tetapi trade di laptop, adalah tidak efektif dan buang masa.
Lantaran itu, saya mencari timer apps yang sesuai untuk laptop saya.
Pilihan pertama adalah Clock. Tapi masalah clock adalah dia besar sangat dan tak boleh duduk dalam bar atas di Mac.

Pilihan kedua saya adalah Horo. Nampak macam sedap dan boleh custom pada menubar atas.

Yang ketiga kepada trader level Neo filem Matrix, boleh guna Terminal. Ini contoh. Tekstual tanpa visual.

Now, saya telah download dan menggunakan Horo. Rasa macam pilihan berbaloi. Menepati keperluan saya untuk duduk di bar paling atas dalam screen Mac, dan bonus pula apabila nak guna cuma taip secara ringkas, tak perlu select2.
Agak nice dan terasa pro trader tiba2.

Kepada Allah kita berserah