Membeli kereta dengan duit trade Pt 3

Income atau pendapatan daripada trade, esp. dari luar negara, secara umumnya agak susah untuk kita gunakan sebagai satu “cagaran” untuk membuat apa jua loan, termasuk loan kereta.

Ini adalah kerana, duit yang masuk melalui trade, esp. dari luar negara, dikhuatiri adalah hasil daripada money laundering. Bank paling takut yang ini. Bank tak peduli kita bayar tax atau tidak, tapi bank sangat peduli, kalau duit ini hasil dari terrorism atau derma dari putera raja arab saudi.

So, macam mana kita nak buat?

Ada banyak cara.

Cara paling mudah dan tak pening kepala, instead of bagi bank statement kita trade, kita bayar income tax atas hasil duit kita trade. Bila kita bayar tax, secara legal kita mempunyai pendapatan tetap. So, kalau nak beli kereta (atau apa-apa nak loan), kita hendaklah merancang dengan betul timing dia. Walaupun hebat trade duit berjuta, kalau timing tak betul, agak susah nak lepas loan.

Apa maksud timing dalam hal ini? Kalau kita dah bertahun bayar tax, dengan amount yang munasabah, bank dah tak banyak cerita melainkan membeli loan kepada kita. Kita ada rekod maaa…..

Cara kedua sedikit complex. Disebabkan income dari luar negara, kita bayar tax di luar negara itu. So sama macam cara pertama tadi, cuma negara yang dapat hasil usaha kita itu berbeza. Namun di mata bank, kita ada “value”.

Cara ketiga bagi yang liat nak bayar tax, adalah memastikan ada income yang masuk dalam bank, secara tetap, tiap-tiap bulan. Seperti yang saya kata tadi, bank tak peduli pun kita bayar tax atau tidak. Bank yang nak bagi kita pinjam duit, apa yang dia peduli adalah kita ni ada duit ke tidak nak bayar hutang?

So income yang masuk tiap-tiap bulan ini pula, mestilah consistent. Walaupun bank mintak 6 bulan, kita bagi dia 3 tahun punya statement. So apa reason dia nak tolak kita?

Namun perlu diingatkan, duit mesti masuk dalam bank. Dia tak boleh masuk dalam e wallet contohnya WISE. Memang WISE berdaftar dengan Bank Negara, tapi tak semua bank, recognize WISE. Ada yang ok boleh accept, ada yang risk tolerance dia tinggi, so dia tak accept.

Meaning to say, kalau ada plan nak beli kereta (atau rumah etc), kena siap-siap buat bank statement cantik. Dia tak boleh withdraw RM 8 juta, pastu esok nak pergi beli Ferrari. Takkan ada bank nak bagi loan, melainkan beli cash.

Kesimpulan dia, nak buat loan, bank nak tengok kemampuan dan juga confirmation mamat ni boleh bayar ke tidak. Kalau boleh tunjukkan yang kita memang consistent ada duit, so bank tak banyak cakap.

Now, kerana kita seorang trader, so instead of trade 100% dengan broker atau exchange oversea, alihkan sikit ke Malaysia untuk tujuan porfolio dengan bank. Sebagai contoh, kalau crypto trade di Luno, dan kalau stock market, trade di Moomoo. Dua ekor ni ada lesen dengan SC, so siapa yang ada lesen dengan SC, bank accept. Meaning to say, statement yang kita generate dari Malaysian liscened broker, adalah sah dan diterima. Kita tak payah nak bergaduh dengan bank yang broker kita kat Australia tu lesen dia lagi power dari lesen-lesen yang ada di Malaysia.

Ini cara paling selamat dan legit untuk menunjukkan yang kita ada “pendapatan tetap” dari trading. So trade mesti consistent, tak boleh pulak tiba-tiba spike. Itu pasal consistency sangat penting dan sebab itu saya terapkan dalam Manifest.

Seterusnya bukan cara, tetapi something yang memudahkan cara.

Bank zaman sekarang melayan kita secara kasta. Misal kata Maybank, ada 4 level kasta. Apakah kasta itu?

Kasta paling bawah adalah marhain. Dia tak ada relationship apa melainkan kita buka saving atau current account dengan Maybank.

Kasta atas sikit adalah Maybank Privilege. Ini dah level dimana kita dah mula ada investment dengan bank contoh ada beli unit trust dengan bank ke… apa ke.

Atas dari itu adalah Maybank Premiere. Ini dah level investment dengan bank minimum RM250K. So duit kita RM250K dalam bank setiap masa, pusing-pusing dekat investment kejap sini kejap sana. Kita ada dedicated RM (Bukan ringgit malaysia tetapi Relationship Manager) yang akan tanya kita apa khabar, dah makan belum, saya nak hantar hamper kat rumah ni sebab raya tak lama lagi, atau kalau datang bank bagitau nanti saya angkatkan tiang No Parking untuk tuan.

Paling up dimana Manager datang rumah adalah Private Banking. Ini level saya tak boleh nak cerita sebab saya pun tak sampai level ini.

Now, bila kita sampai satu tahap, mahu tidak mahu, kita kena buat bank jadi kawan baik kita walaupun kita menyampah. Nak tanak, memang kena letak RM250K dekat bank, so apa-apa hal senang bawak bincang. Kalau bank macam cibai, ugut nak alih RM250K itu ke bank lain. Habis cerita.

Anggaplah modal RM250K ini sebagai satu tanda setiakawan dengan sebuah institusi kewangan yang lusa atau minggu depan, “reliable” untuk tolong kita. Lagipun RM250K ni bukannya hilang. Dia cuma duduk dalam bank punya investment sahaja. Seumur hidup saya, ada la sekali dua rugi ikut investment bank ini tapi itu sebab RM saya bodo. Bila tukar RM yang licik, alhamdulilah. Bolehlah setakat setahun tu hasil lebih dari ASB.

Ok, saya sambung lagi esok.

Kepada Allah kita berserah