
Tajuk penulisan kali ini agak kasar. Tapi dalam bahasa yang lebih lembut, “Hanya tinggal 5 tahun lagi untuk mengubah hidup”.
Sekali imbas tajuk seperti ini menidakkan kuasa Allah. Kerana seolah-olah, kita pula yang menjadi tuhan yang menentukan segala. Sedangkan hakikat, yang menentukan segalanya, adalah Allah. Allah telah berkata di dalam quran, rezeki masing-masing telah Allah tentukan.
11:6
Dan tiadalah sesuatupun dari makhluk-makhluk yang bergerak di bumi melainkan Allah jualah yang menanggung rezekinya dan mengetahui tempat kediamannya dan tempat ia disimpan. Semuanya itu tersurat di dalam Kitab (Lauh mahfuz) yang nyata (kepada malaikat-malaikat yang berkenaan).
Now, ayat di atas tidak ada cerita tentang limitation, tempoh, atau lagi 5 tahun. Tidak juga diceritakan siapa yang paling pandai, atau siapa yang paling rajin, atau siapa yang paling hebat trade. Yang diceritakan cuma dua. Allah telah “menjamin”, atau yang menjamin kekayaan dan kemiskinan kita, adalah Allah. Dan jaminan ini diberkan kepada mereka yang “bergerak”.
Namun di dalam ayat yang lain, Allah telah memberitahu bahawa, rezeki, ada turun naik. Dan turun naik rezeki, adalah juga threshold yang cuma Allah decide.
13:26
Allah memewahkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Ia juga yang menyempitkannya. Dan mereka (yang ingkar): bergembira dengan kehidupan dunia, sedang kehidupan dunia itu tidak lain, hanyalah kesenangan yang kecil dan tidak, kekal berbanding dengan kesenangan hari akhirat.
Sumber rezeki juga jangan kita persoalkan. Di dalam satu ayat, Allah menegaskan yang rezeki datang dari sumber yang kita tidak sangka.
65:3
Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya. Dan (Ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu.
Now, kita sampai ke ayat ultimate yang akan menjadi dalil, ayat pertama tadi, tidak semestinya rajin gila, menyebabkan kita jadi kaya raya.
62:10
Kemudian setelah selesai sembahyang, maka bertebaranlah kamu di muka bumi (untuk menjalankan urusan masing-masing), dan carilah apa yang kamu hajati dari limpah kurnia Allah, serta ingatlah akan Allah banyak-banyak (dalam segala keadaan), supaya kamu berjaya (di dunia dan di akhirat).
Ayat ini dengan jelas memberitahu, usaha adalah sesuatu yang kita kena buat, namun berusaha perlu ada direction atau “berserta”.
Barangkali, kerana dari ayat ini, kita melihat kawan kita yang malas lebih berjaya daripada kita, kerana mungkin kita yang rajin gila, terlupa sesuatu.
Now, tidaklah saya disini untuk memberitahu bahawa untuk menjadi kaya, cukup dengan ingat pada Allah lalu kita boleh menjadi malas. Itu bukan angle yang saya mahu kongsikan.
Hakikatnya, semua orang perlu “bergerak”. Bangun dari tidur, gosok gigi, mandi, berjalan keluar, mencari pintu. Di depan pintu itu, kita kena sua tangan, pulas untuk buka.
Tapi siapa yang berjaya masuk? Mereka yang mempunyai “kunci”. Siapa yang mempunyai “kunci”? Mereka yang Allah beri. Kenapa Allah beri kepada mereka tidak kepada yang lain? Kerana di dalam hatinya, subuh tadi, sebelum dia buka mata di dalam transition antara sedar dan jaga, dia mengingati Allah.
Bukan bini, bukan anak, bukan handphone, bukan nak pergi kencing.
Now, kita sampai kepada part kedua, realiti hari ini.
Ada satu teori dimana tempoh untuk mengubah nasib diri, hanya tinggal lagi 5 tahun sahaja. Ini bukan mutlak, kerana itu, ia dinamakan teori.
Teori ini terbit kerana datangnya Ai dan para robotik. Dikatakan nanti dalam masa 5 tahun lagi, apabila Ai dan robotik cukup matang, kehadiran mereka ini, menyebabkan ada garis putus, antara golongan kaya dan miskin.
Garis putus ini menjadi pemisah, dan menjadi penyebab, golongan miskin tidak lagi mempunyai peluang untuk menjadi kaya, manakala golongan kaya terus menjadi kaya.
Ini adalah kerana, semua peluang-peluang untuk naik ini, telah diselesaikan atau dipenuhi dengan Ai dan para robotik ini.
Untuk memahami lebih lanjut, boleh layan video dibawah ini.
Penutup
Kita tahu bahawa untuk menambah pendapatan, kita mestilah memberikan tawaran kepada sesuatu masalah yang ada. Bermaksud, kita menjadi penyelesai masalah. Apabila penyelesaian kita lebih berkesan, maka lebih banyak orang memerlukan kita, dan daripada itu, kita menerima bayaran. Ini yang dinamakan perniagaan.
Namun dengan kehadiran Ai dan para robotik, penyelesaian yang kita tawarkan, barangkali tertinggal jauh kebelakang. Pastinya penyelesaian Ai dan para robotik ini jauh lebih hebat, cepat, dan tepat.
Kita akan sampai kepada satu zaman dimana kita “kalah”, dalam persaingan yang kita takkan “menang”.
Maka tidak hairanlah, orang yang terpaling kaya di dunia hari ini, beria-ria sangat dan bertekad, untuk menjadi penyelesai utama kepada dunia, (duduk kat ofis siang malam pagi petang) memberi kita Ai dan para robotik.
Dia mengetahui apa yang tepaling “demand” di masa akan datang, sedang kita galak menonton scroll imej Ai atau bergembira meng-Ai-kan imej kita.
The biggest question of today is :
So. Apa yang kita kena buat, daripada semua yang kita “ketahui” hari ini?
Elon Musk tengah bagi tenaga kerja (yang cerdik, yang tak makan minum, tak take 5 nak pergi berak, tak tidur) untuk ganti bukan setakat yang malas, tapi yang rajin berusaha pun….
Kepada Allah kita berserah