Keretapi

Ini bermaksud, jika kita tersalah pilih jalan, untuk patah balik, kosnya lebih mahal.

Kita bukan bicara setakat kos duit, tetapi kos masa.

Atau juga lebih dalam maksudnya, jika kita commit pada sesuatu yang akhirnya menyedarkan kita bahawa,

“Aku tidak serasi dengan yang ini rupanya…”

Akhirnya untuk kita cari yang lain, dan spend masa, tenaga dan duit untuknya, adalah lebih mahal.

Maka kerana itu, pilihlah jalan yang benar-benar sesuai dengan kita.

Tapi ada persoalan,

Bagaimana untuk tahu yang jalan itu tidak sesuai dengan kita?

Tiada siapa boleh menjawab soalan ini selain kita sendiri. Mungkin, jika ada sedikit cadangan, kita perlu tanya diri kita sendiri begini.

Sudah sekian lama Aku mencuba, apakah ia membuahkan hasil?