OPM – Other People’s Money

When you master OPM, your cash becomes optional. Your upside becomes unlimited.

Semasa saya berniaga pada waktu muda dulu, saya sangat fokus pada perniagaan hingga tidak ada masa untuk belajar benda baru.

Hinggalah pada tahun ketiga atau keempat, barulah saya tahu dimana berniaga, sepatutnya bukan menggunakan duit modal sendiri, tapi sebaliknya menggunakan modal sendiri sebagai cagaran, untuk mendapatkan modal yang lebih besar dari bank.

Apa yang saya buat waktu itu adalah meletakkan cagaran sebanyak RM20K, bagi mendapatkan overdraft sebanyak RM100K. Memandang ke belakang, ini mungkin kecil bagi sesetengah orang, namun bagi saya waktu itu, ia adalah sesuatu yang sangat besar dan bermakna.

Namun bank meletakkan syarat dimana dalam tempoh tertentu, saya mestilah membayar balik baki RM80K tersebut, dan akhirnya cagaran overdraft saya adalah 1:1.

Seingat saya ia bukanlah sekejap, mungkin makan beberapa tahun, which is OK untuk saya yang berniaga dengan staff yang tak sampai 10 orang ketika itu.

Sebenarnya konsep ini bukan baru, dimana kita memulakan perniagaan, atau meneruskan perniagaan, dengan modal orang lain. Terma ini dinamakan OPM, atau Other People’s Money.

Saya senaraikan sedikit untuk kefahaman yang lebih. OPM adalah :

  • Shift dari “my capital” kepada “access to capital”
  • Bina perniagaan dengan meminjam kekuatan:  borrowed strength, not personal strain
  • Kita control system, orang lain, fuel the system.

OPM ada pelbagai, misal :

  1. Investor money – raise capital, build, return profit.

  2. Customer money – pre-orders, subscriptions, deposits fund the operation.

  3. Institution money – banks, grants, venture debt.

  4. Market money – trading firms, prop firms, LP capital.

  5. Digital leverage – platforms, affiliates, algorithms, networks performing for you.

Now, saya akan tulis dalam konteks trading capital market.

OPM di dalam trading, adalah kelas Elite. Ini berbeza dengan trader yang menggunakan duit sendiri, menggunakan duit instituition adalah di level yang berbeza.

Trader OPM, scale lebih besar dengan risk yang lebih kecil.

Bagaiman untuk mendapat punca OPM jika kita sebagai trader?

Terdapat tiga cara utama.

Pertama, Prop Capital OPM

  • Kita trade duit mereka, ikut suka kita dan bagaimana, withdraw payout dari mereka
  • Kongsi profit 60-40, 70-30, 80-20.
  • Risiko kita adalah fee evaluation atau modal beli akaun prop
  • Scaling Path jika handal : $0 → $100K → $300K → $600K → $1M
  • Tidak perlu sebarang lesen dari SC bagai, hanya perlu lulus 2 Step Assesment Prop Firm
  • Tidak perlu portfolio mantap, cukup skillset yang handal

Kedua, LP/ Investor Mandate OPM

  • Kita jalankan system melalui capital injection dari pihak lain.
  • Kongsi profit 50-50, 60-40
  • Advantage adalah : infinite scalability without capital bottleneck. Bermaksud, modal tiada had.
  • Namun perlu naik level lagi dengan mempunyai lesen-lesen tertentu dari SC dan pelbagai
  • Perlu ada porftolio yang mantap untuk meyakinkan investor

Ketiga, Hybrid / Parallel OPM 

  • Menggunakan gabungan yang pertama dan yang kedua tadi, termasuk modal sendiri sedikit sebagi skin in the game
  • Sendiri + Prop Firm + Investor Capital / Private Mandate

Kesimpulan

Rata-rata trader B40 / M40 menggunakan modal sendiri. Trader T20 menggunakan prop firm (sebab kena ada modal beli akaun).

Trader T1% menggunakan method ketiga iaitu hybrid.

Jika ada rumus untuk semua ini,

OPM = Value Engine × Trust × System

  • Value engine = skillset, product, strategy

  • Trust = credibility & track record

  • System = repeatable execution

Now, apa take out kita dari semua ini? Tak kira kita datang dari kumpulan mana, B40 ke M40 ke T20, apa yang penting kita mula start mindset baru untuk jadi T1%.

Kepada Allah kita berserah.