Prop Trading Update #003

Satu bahaya yang tidak kita sedar boleh berlaku, dan telah berlaku kepada saya (semoga ini menjadi pengajaran), adalah dimana apabila kita trade prop account dan trade performance account dalam device yang sama.

Dalam kes saya, saya trade semua account trading dari iPhone saya.

Bahayanya, adalah kerana Lot Size.

Lot size biasa untuk account performance adalah 0.01 untuk capital $1K manakala lot size untuk account prop adalah 1 untuk capital $100K.

Mungkin anda boleh teka apa yang berlaku seterusnya.

Apabila saya cuba entry dalam account performance saya, saya terlupa untuk tukar lot size dari 1 kepada 0.01.

Hasilnya, account performance rugi $340 dalam sekelip mata.

Ini ending bulan Nov yang memang sedap dan menggembirakan (sepatutnya).

Ini setelah kesilapan satu entry salah lot size.

Kesimpulan

Saya akan membeli iPhone baru yang khas untuk trade prop acc sahaja (atau hanya trade acc pro dalam iPad) dan berjanji kepada Tuhan yang menjadikan langit dan bumi, untuk tidak mencampur adukkan account trading yang berbeza lot size, dalam satu iPhone.

Walaupun saya mempunyai SOP untuk check lot size sebelum entry, namun saya hanyalah seorang manusia biasa dan menjelang esok, umur saya meningkat setahun lagi ke 46 tahun (semakin tua, semakin tidak cekap barangkali).

Untuk itu kepada ahli Manifest, jadikan ini sebagai pengajaran dan semoga anda semua terlindung dari kesilapan ini. AMIN.

***

Selamat hari jadi buat saya, ini adalah hadiah paling bermakna untuk masa depan. Nasib baik effect kepada acc performance, bukan kepada acc prop.

Kepada Allah kita berserah