Prop Trading Update #002

Hari ini 28.11.2005. Lagi beberapa hari nak masuk December. Bila masuk december, meaning lagi beberapa hari nak new year 2026.

Now, saya dah stop trade untuk acc prop, so ini hasilnya.

First of all, saya masih dalam stage 1 untuk evaluation, so untuk lulus ini, saya kena profit 10%.

Kedua, acc ini baru register 11 November hari itu, namun saya kurang fokus sangat kerana sibuk dengan class dan trade account lain.

Apapun, pencapaian bulan pertama ini memberikan keyakinan yang account ini boleh berjaya, (harapnya).

Setakat first month, saya berjaya mencapai hasil 2.5%. Ini bermaksud, saya harus mencari lagi 7.5% untuk lulus stage 1.

Persoalan yang biasa dan sering menjadi kekeliruan ramai adalah tentang Max Loss dan Daily Loss.

Untuk FTMO, Max Loss adalah 10% manakala daily Loss adalah 5%.

Sepanjang saya trade prop, saya dapati,

  • Max Loss berubah dengan profit kita secara equity. Jika sekarang saya sudah profit 2.5%, maka Max Loss terkini saya adalah $12.5K
  • Daily Loss juga berubah dengan equity, ini bermaksud, dia kira sekali dengan floating. Namun daily loss reset setiap hari jam 7:00 am Malaysia.
  • Sebagai contoh, hari ini saya profit $929.84, maka Daily Loss meningkat dengan buffer sebanyak itu, menjadikan Daily Loss saya $5,929.84

Kesimpulan

Jika kita berterusan buat profit (dengan loss yang minimal), acc kita akan selamat kerana Max Loss akan membesar dengan equity, dimana, profit yang dibuat ditambah kedalam Max Loss.

Namun yang bahaya adalah Daily Loss, dimana kita kena berhati-hati ketika trade kerana jika kita membuka layer yang banyak, barangkali ia boleh hit Daily Loss kerana floating memberi effect kepada daily Loss.

Max Loss dan Daily Loss berhenti, bila kita stop trade. Jika kita sedang dalam trade, ia bergerak aktif dan agak menyeramkan.

Projection

Jika performance sebulan saya hanya sekitar 2.5%, account ini akan lulus stage 1 menjelang Februari. Setelah itu, saya memerlukan lagi dua bulan untuk lulus stage 2 maka akhirnya akan hanya boleh guna account ini sepenuhnya (dengan payout) pada bulan May.

Nov – 2.5%
Jan – 2.5% > 5%
Feb – 2.5% > 7.5%
Mac – 2.5% > 10% Lulus stage 1
Apr – 2.5% > 2.5%
May – 2.5% > 5% Lulus stage 2

Dengan performance saya setakat ini, saya perlu masa 6 bulan untuk habiskan FTMO challenge ini which is agak lama. Apapun  next month (December) saya akan cuba fokus lebih sedikit kepada account ini.

Kepada Allah kita berserah.