Separate bank untuk trade

Banyak saya dengar cerita kawan trader yang mempunyai masalah dengan bank account kerana aktiviti trade, apabila telah mencapai level proift yang lebih besar.

Kebiasaanya, apabila selalu withdraw dari broker masuk ke bank, jumlah yang besar, menyebabkan bank flag account anda dan account disekat.

Apabila ini berlaku, anda kena mengadap bank untuk disoal siasat.

Now, trade tidak salah. Duit masuk dari oversea ke bank, juga tidak salah. Malah, tidak ada kesalahan apa pun kerana kita membuat satu pekerjaan yang halal, bukan satu pekerjaan yang haram. Bank juga malah, tidak peduli kalau kita tidak bayar cukai atas pendapatan yang kita terima kerana itu bukan jobscope mereka. Kecuali kalau anda mahu buat loan, itu lain cerita.

Now, kenapa bank bertindak begini? Ini adalah kerana bank ingin memastikan yang fund yang masuk dari oversea ke dalam account anda adalah legit dan bukan dari kategori AMLA, duit terrorist, duit dari putera saudi dan sebagainya.

Asalkan anda mempunyai dokumen yang boleh mengesahkan duit datang dari sumber mana, then it is OK.

Dalam kebiasaan kes, transaction receipt dari broker adalah dokumen utama yang mesti disimpan supaya kalau kena, ada proof yang legit.

Maka datang kepada main point kenapa posting ini dibuat.

Apabila bank account anda disekat, bukankah ini menjadi satu masalah yang besar? Duit anda freezee. Anda tak boleh buat apa-apa melainkan mengadap bank pada keesokan harinya sesudah subuh. Nak bayar fees sekolah anak pun tak boleh, apatah lagi nak QR transfer bayar roti canai teh ais di kedai mamak. Bukankah ini satu “masakan” yang utama dalam kehidupan dunia modern tanpa dinar?

Maka adalah menjadi amalan dan pedoman buat trader (yang serius) untuk mempunyai secondary bank account (berbeza dari bank utama yang kita pakai), agar kalau kena freeze, bank utama tak kacau.

Sebagai contoh, bank yang bayar loan, transfer duit ke bini, atau apa2 jua transcation recurring duduk dalam satu bank misalnya Maybank.

Manakala untuk pendapatan atau source of income daripada trade, duduk dalam satu bank CIMB.

Sebenarnya pengurusan multibank ini sangat penting dan signifikan. Saya misalnya mempunyai pelbagai bank untuk specific purpose. Contohnya untuk bayar QR, saya guna satu bank lain yang khas iaitu Ryt bank. Kalau kata satu hari nak terkena scam pasal QR, dia tak makan duit yang nak bayar loan kereta misalnya.

Now, jika serious nak trade (atau nak main copytrade), sila buka satu account khas untuk trading sahaja. Selain dari nak elak satu hari nanti main account kena freeze) ini juga bagus untuk kira pendapatan secara lebih cepat dan effisien, kerana jangan lupa, kita sebagai rakyat Malaysia kena bayar income tax.

Lagipun kalau nak kaya kena banyak bank. Satu bank sahaja nanti tak muat pulak duit nak masuk. 😀

Itu sahaja,

Kepada Allah kita berserah