A true statement of intention

To start something, stop at nothing.

Tadi, team Audi F1 telah melancarkan keretanya buat kali kedua, bezanya dengan kali pertama, kereta ditampal dengan sticker penaja.

Sebelum ini, kereta ini, R26 telah diperkenalkan dengan penuh emosi secara design, nyata Audi masuk gelanggang dengan level yang berbeza. Tema design Audi adalah  “the most elegant and striking on the grid.” Sebagai peminat F1 dan berlatar belakang design, saya kata kenyataan itu benar.

Ini pula kereta Audi yang pertama kali dikeluarkan sebagai tanda, “kami mahu masuk pertandingan.” Dalam erti kata lain, sebelum keluar yang betul, kita keluar yang tipu dulu. Kasi hype.

Audi setelah memberi beberapa kali ransangan visual, keberahiannya lebih terselah dengan bunyi engine kereta ini bagaikan memberitahu kepada team F1 lain, “kami bukan main2”.

Now, tulisan ini bukanlah untuk memuja Audi malah menyembahnya. Design kereta, bunyi kereta malah participation Audi dalam F1 cuma salah satu dari 3 benda yang membuatkan saya sangat teruja.

Pertama, adalah tentang plan tindakan 5 tahun. Audi memberitahu, untuk menang, kita perlu 5 tahun. So, 5 tahun dari tahun lepas, adalah 2030.

Kenapa 5 tahun? Pertama, F1 bukanlah satu pertandingan kerem atau catur yang boleh menang esok kalau kita berlatih hari ini. F1 adalah sukan nombor satu dunia, yang sembang dia bukan level “Confident menang kalah tak apa”.

Ini boleh kita lihat dari saiz industri F1, $3.65 B pada tahun 2024-2025 dengan Team Ferrari yang paling mahal, $6.5 B. Average spending satu team adalah sekitar $350– $450M, hence ini bukan satu sukan tetapi satu peperangan jentera.

Hakikatnya, F1 adalah satu medan pertempuran untuk show off, kereta dan teknologi, selain nak bagitahu, engine kami power so belilah kereta kami.

Maka, untuk membina engine yang boleh menang perlumbaan kereta paling laju, 5 tahun adalah tempoh yang logik dan make sense ke arah itu. Ia sesuai kerana untuk menang F1, kita tak pakai season, sebaliknya kita pakai system. Audi tidak membeli engine baru sebaliknya membinanya dari mula. Proses ini melibatkan pelbagai layer :

  • Year 1–2: concept, dyno failures, thermal limits
  • Year 3: reliability focus
  • Year 4: performance unlocking
  • Year 5: aggressive tuning + race confidence

Tidak sepert Mercedes, Ferrari, Red Bull, Audi tidak meniru tetapi membuat baseline sendiri. Audi masuk F1 ketika F1 sedang reset secara regulation, sedangkan yang lain masih dengan legacy architecture. Ini ibarat semua orang start balik, cuma Audi paling lega. Start dari zero sedang orang lain mungkin dah kedepan sikit.

Tapi itu tidak mengapa. Orang lain pun buat engine, tapi Audi buat engine, sekali dengan design bunyi engine itu macam mana.

Audi juga membawa prinsip yang sama dulu semasa menang Le Mans. 13 kemenangan daripada 18 percubaan sepanjang 14 tahun.

“First we finish. Then we finish fast. Then we dominate.”

Namun ultimate terbesar kenapa 5 tahun adalah, untuk mencapai kemenangan, kita perlukan compounding.

“Success compounds — it does not spike.”

So apakah pelajaran yang Manifest boleh belajar daripada semua ini?

Kebetulan, tempoh untuk kita capai Moonshot kita, sama, 5 tahun. Audi tidak meminjam kereta Sauber, team yang dia beli tetapi dia membinanya semula part by part. Ini adalah total reset.

Kita, tidak menggunakan method kita yang lama dalam trade untuk consistent, tetapi kita belajar dan mula semua. Ini juga adalah total reset.

Merujuk kepada statement kemenangan Audi dalam Le Mans tadi, barangkali,

“First we profit. Then we consistent. Then we consistently profit.”

Habis tentang 5 tahun, kita sampai kepada kemuncak penulisan kali ini.

Untuk mencapai kejayaan, kita memerlukan niat yang kuat. A true statement of intention. Ini harus terbit dari dalaman kita sendiri, masing-masing. Niat harus dipasang, dan harus diulang setiap hari. Tanpa niat, usaha kita tidak akan hebat. Dan tanpa niat kerana Allah, usaha kita tidak akan berkat.

Now, niat tanpa usaha pun tidak berguna. Usaha kena ada dan usaha yang telah bermula, tidak boleh berhenti begitu sahaja. Ini bermaksud, jangan sesekali berhenti jika telah melangkah pergi.

Lagi, kita kena ingat. Usaha kita mesti berterusan kerana tempoh yang kita telah sama-sama setuju adalah 5 tahun lamanya.

Bayangan saya adalah 5 tahun lagi (dari tahun lepas), kita semua mestilah berupaya untuk berada di Abu Dhabi, menyaksikan team Audi F1 menang championship.

Pada waktu itu, mungkin ada yang sedang bergembira atas kejayaan, dan mungkin juga ada yang bersyukur memandang kebelakang atas niat dan tindakan usaha yang telah kita mulakan.

Namun yang paling rare adalah bagi yang sebak, Kita memandang Kita dan saling faham,

To start something, stop at nothing.

Kepada Allah kita berserah

Rujukan