Pada satu hari, saya terpaksa ke bank untuk menyelesaikan satu perkara. Kebetulan, Manager bank ada dan kami berbual-bual.
Selain daripada bertukar pendapat tentang sejauh mana gold akan pergi : naik atau turun kerana geopolitik yang tidak menentu, Manager bank ada bertanya saya tentang investment2 lain yang saya sedang buat.
Saya katakan yang saya ada capital di oversea dalam platform CFD.
Ada satu nasihat yang menarik dari Manager bank, dimana, jika mempunyai investment di luar negara, kena make sure tahu cara bagaimana nak retrieve balik in case jadi apa-apa pada kita.
Now, take note ini adalah untuk memudahkan waris kita agar capital yang ada, selamat dibawa balik pulang ke tanah air.
Pasti, cara sesebuah platform berbeza dengan yang lain. Namun yang penting adalah, kita mengetahui caranya bagaimana, dan memberi tahu kepada waris kita agar mereka aware dan tahu untuk execute apa yang perlu kelak.
Minta dijauhkan hal ini berlaku, apapun segalanya ketentuan Allah ta’ala.
Now, untuk platform pepperstone, (sebagai satu contoh), ini adalah apa yang diperlukan oleh mereka jika berlaku kejadian yang tidak diingini kepada penama.

Maka, the next thing adalah, menyediakan siap2 apa dokumen yang perlu, bagi memudah cara.
Paling penting adalah wasiat, yang certified, dan sign. Atau wajib mempunyai WASI (pelaksa) agar semua berjalan dengan lancar.