Trade Log Journal

Saya telah menulis sebuah lagi plugin baru melalui bantuan Rina, iaitu Plugin Trade Log Journal.

Sebelum ini, hanya saya seorang yang upload trading journal, dan prosesnya agak rumit secara manual, memerlukan seseorang untuk faham WP dan HTML.

Lalu, ia terhad kepada saya seorang sahaja.

Untuk tahun 2026 ini, saya telah membuatnya dalam bentuk form, dimana semua ahli Manifest boleh turut serta, menyumbang trade journal masing-masing.

Ini adalah front end dimana apabila anda membuat entry, dikongsi secara bacaan umum di dalam online class.

Untuk membuat submission, isi form di dalam dashboard anda.

Sekiranya tersalah upload, simply click pada entry dan paparan journal akan muncul di bawah, click delete.

Semoga ia bermanfaat untuk semua.

Kepada Allah kita berserah