Membeli kereta dengan duit trade Pt 5

Saya dah kongsikan bagaimana untuk layak meminjam, dan juga bagaimana interest berubah jenis dalam membeli kereta.

Sekarang saya akan kongsikan bagaimana nak membayar loan dalam konteks seorang trader.

So, dalam kes saya, kebetulan saya memang dah tua. Ini bermaksud, saya dah ada banyak kereta. Untuk membeli kereta baru, saya menjual kereta lama.

Kalau anda belum tua dan masih kanak-kanak riang, anda kena kumpul duit untuk beli kereta sebab nak kena bayar downpayment atau deposit. Meaning cara saya ini, tak boleh apply pada anda.

Ok.

Ini adalah strategic planning oleh saya, bagaimana nak settel loan dalam konteks seorang trader.

First of all, nilai kereta yang saya nak beli adalah menghampiri setengah juta. Ia sebuah kereta yang boleh naik 7 orang. Disebabkan anak-anak saya makin membesar, dan kadang-kadang nak bawak mak abah kita jalan-jalan, so saya kena ada kereta yang selesa untuk mereka. Saya tak minat pulak nak beli van apatah lagi memandu sebuah van. Kawan saya, juga seorang trader, dia membeli van tapi tak apalah dia ada driver.

Disebabkan harganya hampir setengah juta, so deposit yang saya letak almost RM200K. Meaning, balance dengan bank dalam RM300K.

Berapa bayaran bulanan kalau loan RM300K? Bawah RM3000, dalam RM2.9K something.

Now, disebabkan saya seorang trader (dan telah lama), so mindset saya telah sampai kepuncak ini : Withdraw duit dari broker = withdraw duit dari ATM.

Oleh kerana mindset saya begitu, saya sebenarnya membeli kereta setengah juta pada harga RM200K. Maksudnya, saya membeli kereta dengan diskaun 60%.

Now, ini adalah benda yang paling penting. Dengan menjadi seorang trader, kita sebenarnya membeli sesuatu dengan harga yang lebih murah.

Dulu lagi seronok masa USD tinggi dan MYR rendah. Tapi sekarang USD sudah rendah dan MYR tinggi.

Saya tak pernah lagi jumpa kawan atau orang lain yang beli dengan discount 60%. Dengan bajet RM200K di Malaysia, kereta baru yang boleh kita dapat adalah Honda CRV.

Honda CRV Pricing List

Diskaun 60%, habis, diskaun ni sapa bayar? Kedai kereta memang bagi diskaun 60% ke pada trader? Tidak.

Walaupun diskaun 60%, tetap 60% ini kita kena bayar. Tapi yang bayar adalah duit profit dari trade. Mana datang duit profit? Mestilah dari modal. So mana datangnya modal?

Ini untungnya menjadi orang tua, dan telah mempunyai banyak kereta. Kereta yang saya jual untuk beli kereta baru ini, saya dapat hasil dalam sekitar RM50K.

Now, RM50K ini akan saya gunakan untuk trade dengan pulangan 10% sebulan. So berapa 10% ini? RM5K. Now, RM5K ini saya akan buat bayar bulan-bulan dalam RM3K. Balance RM2K sebulan, kalau kali 12 bulan, ada dalam RM24K.

Insurans kereta 7 seat ini dalam RM10K setahun. So RM24K – RM10K, adala balance RM14K.

Minyak kereta ni macam naga sebab dia 3.0L V6, so saya bajet sebulan dalam RM400 ( 2 kali tuang atau dua minggu sekali). So kos minyak dalam RM4.8K atau senang cerita RM5K untuk satu tahun.

So RM14K-RM5K, ada lagi RM9K. Ini saya spare untuk servis tahunan. Kos setahun servis kereta biasanya tak lebih RM3K. Tapi katalah simpan RM5K untuk servis, so RM9K – RM5K, ada RM4K.

RM4K / 12, dalam RM333 sebulan. Ambil RM200 sebulan untuk tol, so ada balance RM133 atau lebih kurang RM1.6K lagi balance. (atau RM1.8K sebab RM200 ada dari lebihan minyak tadi). Ini kita beli emas dan simpan, cukup satu masa nanti (meaning 2-3 tahun), kalau nak tukar tayar 22 inch, kita dah ada sinking fund.

Now, as long as saya consistent trade dengan profit 10% sebulan dari RM50K, insya allah, semuanya akan OK. Mana tahu sebab beli kereta kerana keluarga, mungkin untung boleh pergi 15%, maka lebih banyak boleh beli emas dari lebihan sebagai sinking fund. Boleh bandingkan pengiraan profit 10% vs 15%. Take note ini cuma estimation sahaja.

Jika consistency 15% berterusan selama 3 tahun, akhirnya saya membeli kereta setengah juta dengan harga RM104,600, sebab simpanan lebihan sinking fund yang berganda (rujuk table atas). Ini cerita “kalau”. 3 tahun lagi kita tengok macam mana benar atau tidak angan-angan ini.

Apapun, damage utama membeli kereta ini adalah RM200K. Sebagai trader kita faham, profit dan loss adalah sebahagian daripada “permainan”. So kita jangan overconfident sangat tapi jangan pula tak yakin dengan skillset yang kita ada.

Maka kita sampai kepada damage yang seterusnya. Kalau kita trade tak profit, damage dia adalah RM3K bulan-bulan tadi. So long term end up last sekali instead of beli kereta RM200K, dia jadi balik RM500K. Terpaling lega.

Cara yang saya guna sebenarnya mempunyai risiko dan jika anda nak buat, anda kena make sure skillset anda jitu dan lebih baik dah trade 3 tahun consistent baru cuba. Jangan sesekali baru trade sebulan dua terus nak buat cara ini.

Atau, cuba dulu pada benda-benda yang lebih kecil misal kata contoh beli telefon baru. So dari situ anda akan belajar bagaimana tetapi risiknya adalah lebih rendah kerana telefon jauh lebih berganda murah berbanding kereta.

Akan datang, bila sampai masa untuk upgrade kereta lain lagi, saya kena make sure at least jual kereta ini dan dapat RM200K balik. Tapi itu lama lagi dan lain tahun atau bila tiba masa, baru kita cerita.

Kesimpulannya, saya ingin membuka minda anda bagaimana trade boleh menjadi sebagai satu alat “Income Engine” yang benar dan bukan khabar angin atau gossip liar.

Pokok pangkal, “consistency” adalah sangat penting dan kita kena berusaha agar mempunyai skillset ini sampai berjaya kalau belum.

Sekiranya anda telah menjumpai method untuk boleh consistency, pegang pada method itu sampai bila-bila. Jika belum, anda kena cari lagi.

Kemahiran trade yang consistent akan membawa anda lebih jauh lagi. Ini cumalah satu contoh kecil membeli kereta. Kita boleh gunakan teknik yang sama untuk membeli rumah, tanah atau apa pun yang anda terfikir untuk ada.

Semoga ada manfaat dari perkongsian ini. Selagi kita berusaha kuat untuk keluarga kita, insya Allah, tuhan akan mempermudahkan.

Kepada Allah kita berserah